"Ingatlah bahawa jika malam terlalu gelap, maka ia menjadi petanda bahawa cahaya fajar akan segera menjelma."
"Sebenarnya kebahagiaan itu ada dalam dirimu, maka janganlah mencarinya di tempat lain kecuali dalam dirimu juga."
"Kebahagiaan akan berputar ke arahmu, kerana dunia ini berputar bagai roda."
"Hidup sememangnya merupakan rentetan masalah dan cubaan. Dan jika anda mampu mengharunginya dengan sabar, maka anda akan beroleh keputusan yang terpuji."
"Peristiwa masa lalu adalah mimpi, hari esok adalah harapan indah, sedangkan hari ini adalah realiti."
Assalamualaikum..hola korang.....urmmm,boleh tahan berhabok juagk ak punyer blog..maafla ye..x sempat nk lap(update)..hihihi...korang sume Apa khabar? Hope sentiasa sihat, berada di bawah lindungan-Nya. Memandangkan ak dh lame x update..kli nie ak citer pasal jiwang2 skit la..kalau korang x suker..maafla ye..Sengaja ak hari ini membuka bicara dengan mutiara kata. Ada maksud tersirat jua tersurat yang boleh kita sama-sama ambil pedoman darinya.
Realiti hari ini agak menyakitkan. Ak bukanlah datang dari keluarga berada yang kaya-raya,tpi ak sangat bersyukur dikelilingi keluarga yang penyayang juga mengambil berat..Ak kecewa hari ni. Mungkin sudah ditakdirkan, dia bukan diciptakan ak.Ak bukan dicipta dari rusuknya. Ak perlu mencari ak ini dari rusuk siapa.Kami tidak 'putus cinta' kerana kami tidak bercinta. Hanya ak seorang yang memendam rasa.
Cinta anugerah Ilahi yang sangat indah. Umpama taburan bunga segar di laman luas. Dengan warna indah memukau mata memandang. Rasa bahagia bila ia mekar mewangi. Saat ia mula layu, harus kita sedar ia perlu dibuang kerana sudah tidak memberi manfaat. Sayang memang sayang, namun ia bukan lagi untuk disimpan.
Allah berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah, bersabarlah, kuatkanlah kesabaran kamu dan bersatulah. Bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Surah Al-Imran: 200)
Mungkin sekarang kesabaranku diuji. Ak perlu sedar dari mimpi, perlu menjengah realiti. Sabarlah, jangan kecewa duhai hati. Mungkin ada yang lebih baik di luar sana.
Allah berfirman lagi dalam Surah Asy-Syura: 28:
"Dialah yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan Dia menyebarkan rahmat-Nya."
Semoga ada rahmat dari-Nya untuk kita semua selepas ini. Semoga kita semua beroleh rahmat-Nya. Semoga kita semua akan bahagia. Kebahagian di dunia ini hanya sementara. Di akhirat jua kebahagian yang kita akan peroleh untuk selamanya.
"Nafsu itu adalah penggerak dalam diri seseorang. Jika ia dimanjakan, ia akan ketagih. Tetapi jika dibiarkan, ia akan lupa. Cintailah Nabi Muhammad melebihi cinta anda kepada orang lain."
Sesungguhnya, jika cinta itu datangnya dari Dia, tidak salah jika kita kembalikan semula kepada penciptanya. Jangan kita biarkan hati kita dikecewakan oleh sesiapa pun termasuk kita sendiri kerana tiada sesiapa pun dalam dunia ini yang berhak untuk menyakiti hati kita kerana ia milik Yang Esa.
0 ulasan:
Post a Comment